Monday, November 9, 2009

Pilihlah Isteri-Isteri Yang Solehah – Al Imam Abdullah Al Haddad

Bismillah Irrahman Irrahim. Salamualaikum warahmatullahi wabarakatu. Kali ini saya ingin membawa perhatian teman-teman untuk memberi focus kepada tajuk ‘Pilihlah Isteri-Isteri Yang Solehah’ karangan Al Imam Abdullah Al Haddad yang saya kutip dari kitab beliau bertajuk ‘Ad-Da’wah At-Tammah Wat-Tadzkirah Al-Ammah’ sebagai nasihat yang berguna untuk kita.

Setiap orang Islam khususnya muslimin hendaklah menjaga agamanya dan dirinya dengan menikahi seorang wanita solehah yang sentiasa memelihara dirinya serta kehormatan dirinya sesuai dengan sabda Nabi s.a.w:
“Wahai kumpulan anak-anak muda! Sesiapa di antara kamu yang mampu memberi nafkah, maka hendaklah berkahwin, karena yang demikian itu menghindarkan pandangan (dari yang haram) dan dapat menjaga kemaluan. Dan siapa yang tidak mampu, maka hendaklah dia berpuasa, karena itu dapat menahan nafsu syahwat.”

Sabda Nabi s.a.w adalah sangat wajar dan dianjurkan di zaman yang serba moden ini terutama sekali kepada kalangan remaja yang sedang berhadapan dengan gelora syahwatnya. Menurut Imam Haddad, mereka-mereka yang berhadapan dengan situasi sebegini amatlah digalakkan melatihkan diri serta mendidik anggota badan dengan perbuatan yang dapat menjamin keselamatan diri mereka daripada tersungkur ke dalam apa yang bakal menyebabkan kemurkaan ALLAH Ta’ala ke atas diri mereka. Menurut Imam Haddad lagi, sedang zaman ini sudah membesar kerosakkannya dan menyebar keburukkannya, sehingga ramai orang terkeluar dari perbatasan kebenaran dan kelurusan jalan, yakni istiqamah di atas jalan yang benar dengan berpegang teguh kepada agama, kecuali sesiapa yang dilindungi ALLAH, sedang bilangan mereka sangat sedikit sekali. Hanya ALLAH Ta’ala saja kita memohon pertolongan, dan tiada tenaga dan kuasa melainkan dengan ALLAH semata.

Imam Haddad menerangkan sebuah sabda Nabi s.a.w yang bermaksud: “Akan datang kepada manusia suatu masa di mana seseorang akan binasa di tangan kedua ibu bapanya. Sekiranya dia tiada punya ibu bapa lagi, maka maka dia akan binasa di tangan isterinya dan anak-anaknya, mereka sekalian akan mencaci serta memburukkannya dengan sebab kefakirannya sampai akhirnya dia pun terpaksa memasuki tempat-tempat yang jahat.”

Berkata Al Hassan Al Bishri r.a: Tiada seorang lelaki yang mengikutkan kehendak hawa nafsu isterinya melainkan ALLAH Ta’ala menyungkurkannya ke dalam api neraka.
Pernah Rasulullah s.a.w ditanya: “Setelah engkau meninggal dunia, mana yang lebih baik buat kami, muka buminya ataupun perut buminya? Baginda lalu menjawab: seandainya para pemimpin kamu adalah orang-orang yang terbaik di antara kamu, dan para orang kaya kamu lebih bermurah hati daripada kamu, manakala urusan hidup kamu dipermesyuaratkan di antara kamu, maka ketika itulah muka bumi kamu itu adalah baik buat kamu daripada perut buminya. Tetapi seandainya para pemimpin kamu adalah orang-orang yang paling jahat di antara kamu, dan para orang kaya kamu adalah orang-orang yang paling kikir (bakhil) di antara kamu, sedang urusan hidup kamu terserah kepada kamu wanita kamu, maka perut bumi itu memamng lebih baik buat kamu daripada mukanya.”

Demikiankah serba ringkas yang dapat saya nukilkan daripada karangan Imam Haddad sebagai pengajaran dan iktibar dalam kehidupan kita bersama agar mendapat taufik dan hidayah dari ALLAH SWT.

No comments:

Post a Comment

Followers