Tuesday, December 29, 2009

MAJLIS TA'LIM DAN ZIKIR BERSAMA AL USTADZ AL HABIB HADI ALKAFF 2010


Salam, insyallah tanggal 7-14 hb Januari 2010, Program dakwah anjuran penaja Majlis Riyadhul Jannah Sandakan akan dilaksanakan bagi menyemarakkan lagi suasana keislaman di bumi Sabah yang tercinta. Program dakwah ini akan memperkenalkan seorang dai'e yang berasal dari tanah jawa, indonesia iaitu Al Ustadz Al Habib Hadi AlKaff dan juga digandingkan bersama imam Masjid Pangiran GALPAM Sandakan iaitu Al Ustadz Al Habib Muchsin AlHamid. Semoga program ini berjalan lancar dan mendapat barokah dan inayah dari ALLAH SWT, Aminnn.....

Sunday, December 27, 2009

SAMBUTAN MALAM ASYURA 10 MUHARRAM 1431 HIJRAH

pada tanggal 27 bersamaan 10 muharram, sambutan hari asyura telah diadakan di kediaman salah seorang ikhwan dan dihadiri oleh jamaah Masjid Pangiran dan Majlis Riyadhul Jannah Sandakan. Acara di mulakan dengan berbuka puasa dan seterusnya solat magrib berjemaah yang di imamkan oleh al Ustadz al Habib Muchsin al Hamid. setelah itu, bacaan ratib alhaddad dan maulid habsyi di baca dan berakhir sebelum solat isyak. setelah solat isyak, sedikit syarahan ringkas oleh al Ustadz Harun @ Pak Harun yang menyentuh soal ibadat. alhmd semoga majlis tersebut mendapat barokah dan inayah dari Allah SWT...aminnn

Sunday, December 13, 2009

Bacaan Simtud duror Maulid Habsyi


Alhamdulillah pada tanggal 12 Disember bersamaan hari sabtu malam ahad bertempat Masjid Datuk Pangiran berlangsuang bacaan Simtud duror Maulid Habsyi. Walaupun kehadiran para ikhwan kurang memuaskan namun acara tetap dijalankan demi kecintaan pada Nabi s.a.w semoga yang hadir pada malam berkenaan akan mendapat hidayah dan barokah dari Allah S.W.T..aminnn

Tuesday, December 1, 2009

Majlis Bacaan Ratib Al Haddad Di Masjid Bandar Kota Kinabalu



Alhamdulillah telah terlaksana majlis bacaan ratib alhaddad di Masjid Bandar Kota Kinabalu pada tanggal 1 disember selepas solat isyak. Majlis berkenaan di hadiri oleh Pengetua Pusat Pengajian Tahfiz Al - Quran AS SYATIBIAH MASJID BANDAR, KOTA KINABALU SABAH yakni alfadhil Ustaz Anzala, alfadhil Ustaz Imran, Alfadhil Ustaz Sazali, syed mahyudin benyahya, syed shahridzan assegaf, al fadhil Ustaz khalil (turki), santri2 Pusat Pengajian Tahfiz Al - Quran AS SYATIBIAH MASJID BANDAR, KOTA KINABALU SABAH dan ana sendiri. Semoga majlis tersebut mendapat barokah dan inayah dari ALLH SWT.

Tuesday, November 24, 2009

Sunday, November 22, 2009

Majlis Ta'lim dan Bacaan Ratib Al Haddad bersempena 1 Muharram

Insyallah, Majlis Riyadhul Jannah Sandakan akan mengadakan MAJLIS TA'LIM DAN BACAAN RATIB AL HADDAD bersempena 1 muharram bersamaan tanggal 18 Disember 2009. Untuk itu, pihak majlis akan mengundang 2 penceramah dari negara jiran (indonesia) yakni Habib Alwi Alaidrus dan Habib Hassan Al Kaff serta digandingakan dengan Habib Muchsin Al Hamid. Semoga pada ikhawan dan masyarakat islam dapt menghadirkan diri pada majlis berkenaan. Acara Majlis akan diadakan di Masjid Pangiran Galpam Bt7 Sandakan.

MAJLIS TA'LIM DAN BACAAN RATIB AL HADDAD

Majlis ta'lim dan bacaan ratib al haddad yang dipimpin oleh al habib muchsin bin abdurahman bin alwi al hamid di kediaman tuan mohammad fairul bin ABM Hj. Fajeer pada tanggal 22hb November 2009 bersamaan hari ahad malam isnin. Alhamdulillah terdapat lebih kurang 30 jamaah yang hadir untuk bersama-sama menghadiri majlis zikir dan mendengar tausyiah ringkas yang di sampaikan oleh sang guru. semoga acara malam tersebut mendapat barokah dan hidayah dari Allah SWT...aminnn

Friday, November 20, 2009

Majlis Bacaan Ratib Al Haddad di Kediaman Tuan Jeffry

Pada 19 November 2009, bertempat di kediaman tuan Jeffry, Taman Mawar suatu majlis bacaan ratib alhaddad seperti kebiasaan diadakan. Alhamdulillah ramai yang menghadiri majlis tersebut yang dipimpin oleh Hb Muchsin Al Hamid. Semoga yang hadir di majlis tersebut mendapat hidayah dan barokah dari ALLAH SWT dan kasih sayang rasulullah saw...aminnn

Thursday, November 19, 2009

Tanggal 12 November 2009, Majlis Bacaan Ratib Di Kg. Bokara, Sandakan

12 November 2009, bertempat di rumah ibunda Tuan Hj. Omar Khan di kg. Bokara, Sandakan telah diadakan Majlis Bacaan Ratib Alhaddad dan qasidah. Alhamdulillah ramai yang hadir dikalangan jamaah majlis, para ikhwan dan sanak dan saudara. Semoga majlis tersebut mendapat redha ALLAH SWT dan menambahkan lagi kecintaan kita kepada ALLAH SWT dan rasulullah saw...aminnn

Thursday, November 12, 2009

MAJLIS BACAAN RATIB AL HADDAD DI KEDIAMAN RIDZUAN ASSEGAF

Alhamdulillah pada tanggal 12 november 2009 bersamaan hari khamis malam jumaat, seperti kebiasaan majlis bacaan ratib al haddad diadakan di kediaman Syed Ridzuan Assegaf. Majlis di hadiri oleh para ajk Majlis Riyadhul Jannah Sandakan (MRJS) dan juga kehadiran al habib muchsin al hamid serta ahli keluarga assegaf.

Monday, November 9, 2009

Pilihlah Isteri-Isteri Yang Solehah – Al Imam Abdullah Al Haddad

Bismillah Irrahman Irrahim. Salamualaikum warahmatullahi wabarakatu. Kali ini saya ingin membawa perhatian teman-teman untuk memberi focus kepada tajuk ‘Pilihlah Isteri-Isteri Yang Solehah’ karangan Al Imam Abdullah Al Haddad yang saya kutip dari kitab beliau bertajuk ‘Ad-Da’wah At-Tammah Wat-Tadzkirah Al-Ammah’ sebagai nasihat yang berguna untuk kita.

Setiap orang Islam khususnya muslimin hendaklah menjaga agamanya dan dirinya dengan menikahi seorang wanita solehah yang sentiasa memelihara dirinya serta kehormatan dirinya sesuai dengan sabda Nabi s.a.w:
“Wahai kumpulan anak-anak muda! Sesiapa di antara kamu yang mampu memberi nafkah, maka hendaklah berkahwin, karena yang demikian itu menghindarkan pandangan (dari yang haram) dan dapat menjaga kemaluan. Dan siapa yang tidak mampu, maka hendaklah dia berpuasa, karena itu dapat menahan nafsu syahwat.”

Sabda Nabi s.a.w adalah sangat wajar dan dianjurkan di zaman yang serba moden ini terutama sekali kepada kalangan remaja yang sedang berhadapan dengan gelora syahwatnya. Menurut Imam Haddad, mereka-mereka yang berhadapan dengan situasi sebegini amatlah digalakkan melatihkan diri serta mendidik anggota badan dengan perbuatan yang dapat menjamin keselamatan diri mereka daripada tersungkur ke dalam apa yang bakal menyebabkan kemurkaan ALLAH Ta’ala ke atas diri mereka. Menurut Imam Haddad lagi, sedang zaman ini sudah membesar kerosakkannya dan menyebar keburukkannya, sehingga ramai orang terkeluar dari perbatasan kebenaran dan kelurusan jalan, yakni istiqamah di atas jalan yang benar dengan berpegang teguh kepada agama, kecuali sesiapa yang dilindungi ALLAH, sedang bilangan mereka sangat sedikit sekali. Hanya ALLAH Ta’ala saja kita memohon pertolongan, dan tiada tenaga dan kuasa melainkan dengan ALLAH semata.

Imam Haddad menerangkan sebuah sabda Nabi s.a.w yang bermaksud: “Akan datang kepada manusia suatu masa di mana seseorang akan binasa di tangan kedua ibu bapanya. Sekiranya dia tiada punya ibu bapa lagi, maka maka dia akan binasa di tangan isterinya dan anak-anaknya, mereka sekalian akan mencaci serta memburukkannya dengan sebab kefakirannya sampai akhirnya dia pun terpaksa memasuki tempat-tempat yang jahat.”

Berkata Al Hassan Al Bishri r.a: Tiada seorang lelaki yang mengikutkan kehendak hawa nafsu isterinya melainkan ALLAH Ta’ala menyungkurkannya ke dalam api neraka.
Pernah Rasulullah s.a.w ditanya: “Setelah engkau meninggal dunia, mana yang lebih baik buat kami, muka buminya ataupun perut buminya? Baginda lalu menjawab: seandainya para pemimpin kamu adalah orang-orang yang terbaik di antara kamu, dan para orang kaya kamu lebih bermurah hati daripada kamu, manakala urusan hidup kamu dipermesyuaratkan di antara kamu, maka ketika itulah muka bumi kamu itu adalah baik buat kamu daripada perut buminya. Tetapi seandainya para pemimpin kamu adalah orang-orang yang paling jahat di antara kamu, dan para orang kaya kamu adalah orang-orang yang paling kikir (bakhil) di antara kamu, sedang urusan hidup kamu terserah kepada kamu wanita kamu, maka perut bumi itu memamng lebih baik buat kamu daripada mukanya.”

Demikiankah serba ringkas yang dapat saya nukilkan daripada karangan Imam Haddad sebagai pengajaran dan iktibar dalam kehidupan kita bersama agar mendapat taufik dan hidayah dari ALLAH SWT.

Thursday, November 5, 2009

MAJLIS BACAAN RATIB AL HADDAD

salam alaikum wbt,

alhmd pada tanggal 5 november 2009, majlis bacaan ratib al haddad telah diadakan dirumah ikhwan majlis riyadhul jannah sandakan yakni al fadhil ustz. imran bin hj. ibrahim bertempat di perumahan pu hing, bt. sapi selepas solat isyak. semoga dengan adanya majlis sebegini agar mendapat taufik dan hidayah dari ALLAH SWT..aminnn

Thursday, October 22, 2009

ATURCARA MAJLIS RIYADHUL JANNAH SANDAKAN


Pihak AJK Majlis Riyadhul Jannah Sandakan telah memutuskan aturcara yang dijalankan adalah seperti berikut:

Setiap malam jumaat ba'ada solat Is'ya:-
1) Bacaan Ratib al Haddad
2) Majlis Ta'lim
3) Bacaan Qasidah-qasidah terpilih

kepada para muslimin dan muslimat yang berminat bolehlah datang bersama-sama menghadiri majlis tersebut. semoga dengan adanya majlis sebegini mendapat manfaat (taufik & Hidayah) kepada para muslimin dan muslimat...aminn

Mesyuarat AJK Penaja Majlis Riyadhul Jannah


Alhamdulillah, pada tanggal 22 Oktober 2009 bertempat di Masjid Pangiran Galpam Sandakan. Suatu mesyuarat peringkat penaja bagi penubuhan Majlis Riyadhul Jannah Sandakan telah ditubuhkan. Mesyuarat tersebut telah mencapai keputusan dimana majlis tersebut dipimpin oleh al Habib Muhsin bin Abdurahman al Hamid dan di pengerusikan oleh Tn. Syed Ridzuan Assegaf manakala Tim. Pengerusi di sandang oleh al Fadhil Ustaz Imran bin Hj. Ibrahim. Bagi jawatan Setiausaha dan pen. setiausaha di sandang oleh En. Fairus ABM Fajeer dan al Habib Almarzuki al Marzaq. Dan jawatan bendahari serta timb. bendahari di sandang oleh Tn. Hj. Omar dan Tn Jeffry Hj. Ibrahim. Semoga dengan adanya AJK Majlis ini, dapatlah segala aktiviti dakwah dirancang dan dijalankan dengan penuh semangat dan berdedikasi insyallah ta'ala...amin .

MAJLIS RIYADHUL JANNAH

MAJLIS RIYADHUL JANNAH telah ditubuhkan di Sandakan, Sabah. Majlis ini dipimpin oleh al Habib Muchsin bin Abdurahman al Hamid dan di barisi oleh Ridzuan Assegaf, Ustaz Imran, Almarzuki al Marzak dan beberapa individu yang lain. Majlis Riyadhul Jannah lebih menumpukan soal pembinaan akhlak dan kerohanian melalui majlis ta'lim, bacaan maulid habsyi dan bacaan ratib alhaddad. semoga dengan adanya majlis ini dapat memberi manfaat kepada masyarakat Islam khusus di Sandakan.

Followers